Tuesday, 10 September 2013

FROG VLE

PANDUAN UNTUK GURU, IBU BAPA DAN PELAJAR

UJUAN FROG VLE

UNTUK GURU 

  1. BUAT LAMAN WEB MATA PELAJARAN
  2. BERI TUGASAN
  3. FORUM GURU
  4. SIMPAN BAHAN
    • PDP SEKOLAH
    • DOC
    • POWERPONIT
    • PDF

UNTUK MURID
  1. BUAT LAMAN WEB SENDIRI
  2. HANTAR TUGASAN
  3. SIMPAN BAHAN
  4. KEDAI FROG - BAHAN MAKLUMAT -VIDEO,GAMBAR
  5. FORUM

UNTUK IBU BAPA
  1. PORTAL SK BUKIT JANA
  2. EMAIL
  3. PAPAN KENYATAAN DARI SEKOLAH DAN GURU BESAR
  4. TUKAR PASSWORD

PENGENALAN




Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas: 

APAKAH VLE?
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secaravirtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

ID Frog VLE untuk semua murid SMK SENAWANG 3 akan diedarkan bermula 17 SEPTEMBER 2013. Panduan untuk murid mengakses serta login akan diberikan dan disampaikan oleh Pn. Nor Baizura. 

sebarang makluman, boleh layari laman sesawang di http://1bestarinet.net/



Wednesday, 17 April 2013

SENARAI SEMAK PBS SAINS TING. 2

PBS Sains Tingkatan 2 baru dijalankan pada tahun ini. Oleh itu, terdapat banyak instrumen yang perlu guru sediakan untuk mentaksir pelajar-pelajar. 

Untuk pengetahuan semua, setiap pelajar perlu ditaksir sebanyak 71 kali bermaksud setiap pelajar perlu ada 71 evidence  bagi tingkatan 2. 

Di sini, saya lampirkan lampiran senarai semak PBS mengikut bab. pelajar-pelajar boleh mengetahui berapa pentaksiran yang akan dilakukan bagi setiap bab. 







Pelajar-pelajar boleh juga mengetahui apa pentaksiran yang telah dilakukan oleh guru melalui senarai semak evidens yang saya akan lampirkan di bawah. 

B1 bermaksud Band 1
D1 bermaksud Deskriptor 1
E1 bermaksud Evidens 1








Sunday, 14 April 2013

APA ITU PBS (PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH)?

PENGENALAN
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus. Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan. PBS dilaksanakan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
KOMPONEN PBS
PBS terdiri daripada Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani & Kokurikulum.
Pentaksiran Pusat
Lembaga Peperiksaan (LP) menghasilkan tugasan, peraturan pelaksanaan dan panduan penskoran serta kaedah pelaporan.
Sekolah mentadbir, menskor hasil kerja murid dan menyediakan pelaporan. Pentaksiran ini bertujuan mengukur proses dan produk yang autentik, dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti :
i. Kerja kursus;
ii. Ujian lisan/bertulis
iii. Tugasan/folio
iv. Pemerhatian
v. Kemahiran amali; dan
vi. Persembahan/pembentangan lisan.
Pentaksiran dilaksanakan oleh guru, pentaksir luar, rakan sebaya, ibubapa, agensi luar dan ahli masyarakat dan dilaksana dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP. Penjaminan kualiti dilaksanakan melalui proses pemantauan oleh pihak sekolah dan proses Penyelarasan oleh moderator. Penskoran merujuk standard yang telah ditetapkan. Prestasi bagi murid untuk Tahun 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 dilaporkan bersama pelaporan peperiksaan pusat (UPSR/PMR/SPM/STAM). Prestasi murid juga dilaporkan melalui Laporan Perkembangan Murid, Carta Perkembangan Murid dan Rekod Pembelajaran Murid di peringkat sekolah. Pencapaian skor setiap murid dihantar kepada LP mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diskor dan dilapor oleh sekolah, di dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Contoh: lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan, tugasan dan tugasan rumah) dalam bentuk pentaksiran sumatif di akhir suatu unit pembelajaran (Contoh: ujian bulanan, ujian semester). Berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) dengan merujuk kepada Standard Prestasi.
Proses-proses pentaksiran adalah seperti berikut:-
i. mengenal pasti konstruk/perkara yang hendak ditaksir;
ii. merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang keada muri mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja yang relevan.
iii. menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor/kriteria dalam standard perstasi dan menentukan tahap pernguasaan murid.
iv. memberi maklumbalas kepada murid tentang prestasinya berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah penambahbaikan; dan
v. merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibubapa.
Pentaksiran Psikometrik
Suatu instrumen pentaksiran yang direkabentuk untuk
mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindakbalas dalam suatu cara tertentu. Ia mengukur kebolehan semulajadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran, dan dibangunkan atas nasihat pakar psikometrik dan ahli psikologi. Ditadbir mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu sendiri. Laporan pencapaian murid dibuat dalam bentuk deskriptif. Jenis Pentaksiran Psikometrik seperti berikut:
Ujian Aptitud Am
Ukuran gabungan beberapa kebolehan berkaitan :-
a. Visual – ruang – bukan verbal (pintar ruang);
b. Linguistik/verbal (pintar perkataan);
c. Logik-matematik/numerikal (pintar nombor/penakulan); dan
d. Minat dan kecenderungan.
Ujian Aptitud Khusus
Ukuran kebolehan khusus yang berkaitan dengan potensi diri murid dalam sesuatu bidang pekerjaan atau khusus;-
a. muzik (pintar muzik);
b. kreatifviti (pintar minda);
c. interpersonal (pintar orang – pengalaman sosial);
d. intrapersonal (pintar diri – refleksi kendiri);
e. kinestatik – jasmani (pintar jasmani); dan
f. naturalis (pintar naturalisme).
Inventori Personaliti
Ukuran ciri-ciri perilaku istimewa/unik dan stabil yang ada pada
setiap individu yang membezakannya dengan orang lain untuk:-
a. membantu guru mengenal pasti aspek-aspek sahsiah/personaliti individu murid supaya strategi pengajaran yang sesuai dapat digunakan;
b. membantu murid memahami personaliti diri sendiri dan orang lain untuk tujuan berinteraksi; dan
c. mengenalpasti stail pembelajaran dan bukan untuk melabel murid.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani & Kokurikulum (PASJK)
Satu bentuk pentaksiran yang mengukur kecergasan dan kesihatan murid dalam pelbagai aktiviti jasmani, serta menilai dan mengukur penyertaan, penglibatan dan prestasi murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum. Instrument dan panduan pentaksiran sedia ada dimantapkan oleh LP bersama organisasi yang berkenaan berdasarkan bidang kepakaran masing-masing. Aktiviti Jasmani diukur berdasarkan Standard Prestasi Jasmani iaitu:-
i. Panduan Pentaksiran Aktiviti Pendidikan Jasmani;
ii. Format Pelaporan Body Mass Index (BMI);
iii. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK); dan
iv. Standard Kriteria Penjagaan Kesihatan.
Manakala aktiviti Kokurikulum diukur berdasarkan Standard Prestasi Kokurikulum. PAJK pula ditaksir menggunakan pelbagai jenis aktiviti dan instrument seperti:-
i. Kecergasan : naik turun bangku, BMI
ii. Kesihatan : pemerhatian, Buku Rekod Kesihatan
iii. Penyertaan : keahlian,kehadiran
iv. Penglibatan : jawatan, komitmen, peringkat; dan
v. Prestasi : pencapaian, sumbangan
Dilaksanakan secara berkala atau berterusan mengikut keperluan.
Ditaksir oleh guru, rakan sebaya, ibubapa dan agensi luar.