Tuesday 13 March 2012

Info Sains 1 - Pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Sains Tahun 2011


Pada 10 Disember setiap tahun Bandaraya Stockholm akan  menjadi perhatian dunia. Di kota yang dingin tersebut, puluhan ilmuwan kelas dunia berkumpul untuk menyaksikan pemberian hadiah Nobel kepada para ilmuwan yang dianggap telah berjasa memberikan sumbangan yang penting dalam perkembangan sains. 

Setiap penerima hadiah Nobel tidak hanya mendapat imbuhan kewangan yang besar, tetapi juga tercatat namanya dalam sejarah dunia sains. Tidaklah menghairankan jika para ilmuwan dunia berlumba-lumba untuk menempatkan nama mereka dalam catatan sejarah tersebut. Sejak pertama kali diadakan pada tahun 1901, Nobel telah menjadi medan pertandingan sains.

Pemenang-pemenang hadiah Nobel bagi tahun 2011 dalam bidang Sains disenaraikan seperti di bawah:
  1. Hadiah Nobel Fizik 2011 telah dibahagi dua, sebahagian kepada Saul Perlmutter, sebahagian lagi kepada Brian P.Schmidt dan Adam G.Ries kerana "penemuan dalam pecutan pengembangan Universe melalui pemerhatian supernova jauh".
  2. Hadiah Nobel Kimia 2011 dianurahkan kepada Dan Shechtman "kerana penemuaan kuasikristal".
  3. Hadiah Nobel dalam sains Fisiologi atau Perubatan 2011 dibahagi dua, sebahagian kepada Bruce A.Beutler  dan Jules A. Hoffman di atas "penemuan berkaitan pengaktifan imuniti" dan sebahagian lagi kepada Ralph M.Steinman kerana "penemuan sel dendritik dan perananya dalam penyesuaian imuniti"
  4. Hadiah Sveriges Riksbank dalam Sains Ekonomi  Memperingati  Alfred Nobel 2011 dianugerahkan kepada Thomas J. Sargent dan Christo[her A. Sims kerana "kajian empirikal ke atas sebab dan akibat dalam mikroekonomi"
Selain daripada itu Hadiah Nobel 2011 untuk Keamanan telah dinugerahkan kepada tiga orang iaitu Ellen Johnson Sirleaf, Leymah Gbowee dan Tawakkol Karman kerana sumbangan dalam "usaha berterusan dalam mempertahankan keselamatan dan hak-hak wanita dalam kerja-kerja membentuk keamanan".

Senarai penuh pemenang-pemenang Hadiah Nobel untuk bidang dan kategori lain boleh dilihat di laman Noble Prize.org. Klik di sini.

Monday 12 March 2012

Selamat Datang Ke Laman Blog Panitia Sains SMK Senawang 3

Cuti datang lagi. Selamat bercuti kepada semua warga SMK Senawang 3. Diharapkan semua pelajar dapat manfaatkan waktu cuti ini dengan mengulangkaji pelajaran terutamanya pelajar-pelajar Tingkatan 3.